Welcome

Thank you for the one minute freetime you give to surf this blogspot. Any Comment or Queries Just Email to ShahUtdFC@yahoo.com

SHAH UNITED FUTSAL CLUB MOTTO

" We are not Looking For a Best Player, We are Looking For a right Player for the Club"

Monday, July 5, 2010

EMAS UNTUK IPT

Hatrik Firaradzil bantu IPT raih pingat emas

Oleh Hasrulraizan




Haji Ismail (depan 6 kanan) bergambar ramai dengan para pemenang pingat emas, perak dan gangsa serta ahli jawatankuasa bagi acara futsal berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Jaringan hatrik Md Firaradzil Adini Haji Abdul Ghani berjaya membantu pasukannya, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meraih pingat emas dalam acara futsal Pesta Sukan Kebangsaan Ke-9 di hari ketujuhnya hari ini, bagi menewaskan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MSSBD) dengan jaringan 6-4.

Jaringan pemain jersi 9 IPT itu yang paling penting sekali ialah gol ketiganya bagi gol keempat pasukannya, lima minit sebelum berakhirnya perlawanan bagi menyamakan kedudukan 4-4.

Jaringan terhasil melalui larian pantas dan liciknya di sepanjang garis tepi kanan bermula dari sudut kanan kawasan IPT selepas berjaya merebut bola dari pemain lawan, yang dibawanya sehinggalah berhampiran petak D lawan sebelum menyepak deras terus menerjah jaring atas gawang lawan.

Jaringan itu bagai menyuntik semangat IPT semula yang ketinggalan 3-4 sejak minit ke-8 babak kedua, untuk terus menyerang mencari gol kemenangan dan berhasil di minit ke-17 melalui jaringan Zulazri Haji Gapor, sebelum Md Faisal Haji Mat Salleh memastikan kemenangan IPT dengan jaringannya di minit terakhir perlawanan.

Md Firaradzil Adini membawa IPT ke depan 2-0 melalui jaringannya di minit ke-5 dan ke-7 babak pertama, sebelum MSSBD merapatkan jurang melalui jaringan Pemain Terbaik Sepanjang Kejohanan dan Penjaring Terbanyak Kejohanan, Awangku Anaqi Sufi Pengiran Omar Baki di minit ke-14.

MSSBD mengikat kedudukan 2-2 apabila Mohd Ulfi Aminuddin menjaringkan gol di minit ke-16, namun IPT kembali di depan 3 minit kemudian hasil gerakan solo dan rembatan menarik Awangku Md Radzuan Pengiran Aliudin, sekali gus menamatkan babak pertama dengan jaringan 3-2 berpihak kepada IPT.

No comments: