Welcome

Thank you for the one minute freetime you give to surf this blogspot. Any Comment or Queries Just Email to ShahUtdFC@yahoo.com

SHAH UNITED FUTSAL CLUB MOTTO

" We are not Looking For a Best Player, We are Looking For a right Player for the Club"

Sunday, August 16, 2009

CONGRATZZZ!!! SHAH UNITED MENDUDUKI TEMPAT KE 3 KEJOHANAN FUTSAL PIALA KEPUTERAAN






Tahniah kepada Pasukan Shah Utd berjaya menduduki tempat ke 3 dikejohanan Futsal Piala Hari Keputeraan. Dalam penentuan tempat ke 3/4 Shah Utd menewaskan pasukan Futsal Brothers melalui sepakan penalty 4-2 setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat perlawanan. Sebelum itu hajat Pasukan Shah Utd terkandas apabila tewas diperingkat separuh akhir bertemu pasukan M3k yang juga merupakan Juara dikejohanan tersebut. Akan tetapi pemain Shah Utd bangkit dan menebus kehampaan dengan memanangi perlawanan penentuan tempat ke3.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain Shah Utd kerna telah berjaya menyahut cabaran "Boss" *hehehe* ,Asst.manager Pg Amir,Coach Ading, yang telah banyak memberi motivasi sepanjang perlawanan tersebut dan tidak lupa juga kepada CoachMs N Yassin yang berada jauh tapi dekat dihati *uwwweek* semasa kejohanan tersebut. Semoga Shah Utd akan dapat mengekalkan prestasi yang baik dikejohanan yang akan datang. CONGRATULATIONS!!!!!!!!!


Keputusan sepanjang perlawanan dikejohanan yang dilalui oleh Shah United;

Group Stage;
Shah Utd 0-0 Pegastar B
Shah Utd 4-1 Kementerian Pembangunan
Shah Utd 4-1 P.Nat
Shah Utd 6-0 Rbc B

2nd Round;
Shah Utd 2-1 Fuyoo Utd

Quarter Final;
Shah Utd 3-0 Kota Junior

Semi-Final;
Shah Utd 0-2 M3k

3&4th Place;
Shah Utd 0-0 Futsal Brothers
(Shah Utd won on Penalty kick 4-2)


Champions M3k
Runner up Creativol
3rd place Shah Utd
4th place Futsal brothers



Well Done Good Job Shah United.......

Wednesday, August 12, 2009

FROM MEDIA PERMATA

8 pasukan mara ke pusingan kedua futsal Hari Keputeraan
Oleh Hasrulraizan


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Shah United dan Panat FC mengiringi Seri Kasat, UBD 'B', Kota Junior, Fuyoo United, Mixed Futsal dan Creativol melangkah masuk ke pusingan kedua kejohanan futsal sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-63.
Dalam pertembungan Kumpulan D semalam di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu, Shah United unggul di persada Kumpulan D dengan 12 mata setelah menang kesemua perlawanan mereka, disusuli Panat FC dengan 9 mata hasil 3 menang dan 1 kalah.
Kejohanan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Paduka Haji Dani Haji Ibrahim petang kelmarin itu diteruskan lagi malam ini dengan aksi perlawanan dalam Kumpulan E yang mengandungi PJJ FC, FC Phosphor, Curio Impact, M3K FC dan Bukit Bendera.
Kejohanan akan diteruskan lagi malam esok dengan pertembungan pasukan-pasukan dalam Kumpulan G iaitu memuatkan Gunner 'A', KPL 'A' FC, UBD 'A', Standard Chartered Bank dan Star Madang.
Kejohanan berkenaan adalah anjuran bersama Jawatankuasa Perlawanan Kejohanan Futsal sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan Yang Ke-63 dan Jawatankuasa Kerja Tajaan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Belia dan Sukan dan Persekutuan Bolasepak Brunei Darussalam (FFBD).

Monday, August 10, 2009

SHAH UNITED BERJAYA MELEPASI PERINGKAT KUMPULAN KEJOHANAN FUTSAL PIALA KEPUTERAAN











Pasukan Shah Utd telah berjaya melepasi saringan peringkat kumpulan kejohanan Futsal Piala Keputeraan. Shah Utd menduduki tangga teratas kumpulan D dengan 3 kemenangan dan 1 seri. Turut mara kepusingan kedua ialah Pasukan P.nat yang menduduki tangga kedua kumpulan D. CONGRATULATION kepada pasukan Shah Utd dan semoga mendapat kejayaan ke pusingan seterusnya.








So keep up the good work guys tani belatih beri commitment n focus. Mindset ready we all cn do it. ooo yeaaaa :-)

SHAH UNITED MENYERTAI KEJOHANAN FUTSAL PIALA KEPUTERAAN







Shah Utd Futsal team telah menyertai pertandingan kejohanan futsal Piala keputeraan yang mana acara pembukaan rasmi kejohanan tersebut telah berlansung pada hari ahad 9 ogos 2009 bertempat di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah. Acara pembukaan rasmi telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awg Haji Dani Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Sebanyak 35 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang dibahagikan kepada 7 kumpulan setiap kumpulan mengandungi 5 pasukan. Shah Utd diundi dalam kumpulan D bersama pasukan Pegastar "B",Kementerian Pembangunan,RBC "B" dan P.Nat.