Welcome

Thank you for the one minute freetime you give to surf this blogspot. Any Comment or Queries Just Email to ShahUtdFC@yahoo.com

SHAH UNITED FUTSAL CLUB MOTTO

" We are not Looking For a Best Player, We are Looking For a right Player for the Club"

Friday, July 9, 2010

PESTA SUKAN KEBANGSAAN

PESTA SUKAN KEBANGSAAN, BRUNEI DARUSSALAM

TAHNIAH KEPADA STAFF2 DAN PEMAIN2 SHAH UNITED YANG TELAH TERPILIH UNTUK MENJADI WAKIL KEPADA KONTINGEN2 YANG TELAH MENYERTAI PESTA SUKAN KEBANGSAAN DALAM ACARA FUTSAL.

KELAB SHAH UNITED RASA BERSYUKUR KERANA SEMUA PEMAIN2 YANG TELAH TERPILIH ITU TELAH MENUNJUKAN KEBOLEHAN MASING2 DALAM ACARA FUTSAL.

LEBIH MEMBANGGAKAN LAGI KESEMUA PEMAIN2 TELAH MENDAPAT PINGAT MASING2.

PINGAT EMAS TELAH DI MENANGI OLEH KONTINGEN INSTITUTE PENGAJIAN TINGGI(IPT)

1. SYED ABDUL MUIZ
2. AMALUL ARIF
3. FAIZ BADRI

PINGAT PERAK TELAH DI MENANGI OLEH KONTINGEN MAJLIS SUKAN SEKULAH2 (MSSSBD)

1. ABDUL MUIZ(EWET)
2. SUARIF
3. AFIF
4. HADZAR

PINGAT GANGSA TELAH DI MENANGI OLEH DAERAH BRUNEI MUARA

1. FAHKRI
2. ROSAZLY (MAMAT)
3. SALLEHIN

MANAKALA STAFF NYA SUFRI DAN SYED M YASSIN.

DI UCAPKAN TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA STAFF2 DAN PEMAIN2 SHAH UNITED KERANA TELAH MENGHARUM NAMA KELAB SHAH UNITED. DI HARAP SEMUA PEMAIN2 SHAH UNITED AKAN TERUS MAJU KEHADAPAN DI DALAM SUKAN FUTSAL.

" MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"
Labels: PESTA SUKAN KEBANGSAAN

Monday, July 5, 2010

EMAS UNTUK IPT

Hatrik Firaradzil bantu IPT raih pingat emas

Oleh Hasrulraizan




Haji Ismail (depan 6 kanan) bergambar ramai dengan para pemenang pingat emas, perak dan gangsa serta ahli jawatankuasa bagi acara futsal berkenaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Jaringan hatrik Md Firaradzil Adini Haji Abdul Ghani berjaya membantu pasukannya, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meraih pingat emas dalam acara futsal Pesta Sukan Kebangsaan Ke-9 di hari ketujuhnya hari ini, bagi menewaskan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MSSBD) dengan jaringan 6-4.

Jaringan pemain jersi 9 IPT itu yang paling penting sekali ialah gol ketiganya bagi gol keempat pasukannya, lima minit sebelum berakhirnya perlawanan bagi menyamakan kedudukan 4-4.

Jaringan terhasil melalui larian pantas dan liciknya di sepanjang garis tepi kanan bermula dari sudut kanan kawasan IPT selepas berjaya merebut bola dari pemain lawan, yang dibawanya sehinggalah berhampiran petak D lawan sebelum menyepak deras terus menerjah jaring atas gawang lawan.

Jaringan itu bagai menyuntik semangat IPT semula yang ketinggalan 3-4 sejak minit ke-8 babak kedua, untuk terus menyerang mencari gol kemenangan dan berhasil di minit ke-17 melalui jaringan Zulazri Haji Gapor, sebelum Md Faisal Haji Mat Salleh memastikan kemenangan IPT dengan jaringannya di minit terakhir perlawanan.

Md Firaradzil Adini membawa IPT ke depan 2-0 melalui jaringannya di minit ke-5 dan ke-7 babak pertama, sebelum MSSBD merapatkan jurang melalui jaringan Pemain Terbaik Sepanjang Kejohanan dan Penjaring Terbanyak Kejohanan, Awangku Anaqi Sufi Pengiran Omar Baki di minit ke-14.

MSSBD mengikat kedudukan 2-2 apabila Mohd Ulfi Aminuddin menjaringkan gol di minit ke-16, namun IPT kembali di depan 3 minit kemudian hasil gerakan solo dan rembatan menarik Awangku Md Radzuan Pengiran Aliudin, sekali gus menamatkan babak pertama dengan jaringan 3-2 berpihak kepada IPT.