Welcome

Thank you for the one minute freetime you give to surf this blogspot. Any Comment or Queries Just Email to ShahUtdFC@yahoo.com

SHAH UNITED FUTSAL CLUB MOTTO

" We are not Looking For a Best Player, We are Looking For a right Player for the Club"

Wednesday, August 12, 2009

FROM MEDIA PERMATA

8 pasukan mara ke pusingan kedua futsal Hari Keputeraan
Oleh Hasrulraizan


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Shah United dan Panat FC mengiringi Seri Kasat, UBD 'B', Kota Junior, Fuyoo United, Mixed Futsal dan Creativol melangkah masuk ke pusingan kedua kejohanan futsal sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-63.
Dalam pertembungan Kumpulan D semalam di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu, Shah United unggul di persada Kumpulan D dengan 12 mata setelah menang kesemua perlawanan mereka, disusuli Panat FC dengan 9 mata hasil 3 menang dan 1 kalah.
Kejohanan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Paduka Haji Dani Haji Ibrahim petang kelmarin itu diteruskan lagi malam ini dengan aksi perlawanan dalam Kumpulan E yang mengandungi PJJ FC, FC Phosphor, Curio Impact, M3K FC dan Bukit Bendera.
Kejohanan akan diteruskan lagi malam esok dengan pertembungan pasukan-pasukan dalam Kumpulan G iaitu memuatkan Gunner 'A', KPL 'A' FC, UBD 'A', Standard Chartered Bank dan Star Madang.
Kejohanan berkenaan adalah anjuran bersama Jawatankuasa Perlawanan Kejohanan Futsal sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan Yang Ke-63 dan Jawatankuasa Kerja Tajaan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Belia dan Sukan dan Persekutuan Bolasepak Brunei Darussalam (FFBD).

No comments: