assalam'kum semua.... batah dah inda b update bincang2 ani ehehhehe kan setahun dah....
Alhamdulillah tahun 2009 telah kelab lalui lebih 7 bulan.Dalam masa tersebut kelab telah memperolehi dua piala.Terima kasih kepada big boss yang telah membawa pemain ke Kuala Lumpur,Malaysia sebanyak dua kali untuk menimba pengalaman.Pada kunjungan pertama bulan January lalu,kelab telah bertanding dalam kejohanan jemputan Brunei-Malaysia,dimana meraih tempat pertama.Pemain yang diserapkan adalah yang mampu memberi komitmen tinggi sepanjang usia kelab.Selapas pulang dari kejohanan luar negara itu,kelab telah menyertai kejohanan Futsal Amal Kemanusiaan dengan meraih kejuaraan.Keseluruhan pemain yang menyertai kejohanan Amal itu adalah pemain2 yang mengikuti kejohanan di KL.Pengalaman dari luar negara dan hasil usaha bertanding yang dipamirkan pemain ketika itu amat mengagumkan.So,pemain semua,keep up the good work.
Pada bulan Mei lalu,Shah utd telah menyambut ulang tahun yang pertama.Dalam usia yang muda ini,Shah utd telah matang dalam mengendalikan apa jua cabaran dan pengurusan yang bijak.Menyentuh pemain2,semuanya telah memberi komitmen yang diluar jangkaan.Hanya seorang dua pemain yang kurang menunjukkan sebarang peningkatan,lalu meninggal kelab setelah mendapat hasil 'kewangan' dari kelab.Bagi pemain yang ada sekarang,TERIMA KASIH atas sokongan kamu semua ke atas kelab.
June 2009,sekali lagi boss berkesudian membawa 12 pemain dan empat pegawai ke Malaysia bagi membuat perlawanan persahabatan antarabangsa pertama dengan Malaysia Amature All Stars bawah 23 tahun (MAAS u23).Saya selaku ketua jurulatih sangat2 berpuas hati dan tidak menyangka pemain bermain ditahap yang memberangsangkan hingga dapat mengekang pihak lawan yang lebih jauh tarafnya berbanding kelab.Sesuatu yang berguna dibawa pulang apabila pengalaman bermain dengan tahap kebangsaan,walaupun tewas tipis 1-0,namun itulah pengukur kemampuan masing2.Sebelum itu,kami telah berkunjung ke Ipoh Perak,bagi mengadakan perlawanan persahabatan.Disana,permainan amat jauh berbeza dari segi kepantasan dan semangat bertanding yang jitu.Sekali pun kami mampu memenangi kedua-dua perlawanan di sana,namun pasukan lawan tidak ada menunjukkan sebarang petunjuk untuk 'tewas sebelum bertanding'.Itu keazaman yang perlu ada kepada pemain Shah utd.
Sekarang,kejohanan XBIZ menanti.Disini lah peluang pemain untuk mempamerkan kebolehan masing2 dan kerja berpasukan kita.Sekalipun latihan baru bermula setelah rehat selama 3 minggu.So,pemain,tunjukkan apa yang kita mampu.
1 comment:
awu2....kamu sjaa.....=(
Post a Comment